Padah terkangkang-kangkang ketika persembahan, tali gaun penyanyi K-pop ini putus hingga mendedahkan bentuk p#yud#r#nya yang lembik

Ahli kumpulan K-pop Stellar, Minhee terpaksa menanggung malu apabila tali bajunya terputus ketika membuat persembahan baru-baru ini, sehingga hampir mendedahkan bahagian payudaranya.

Kejadian itu berlaku ketika kumpulan tersebut sedang menyampaikan lagu terbaru mereka berjudul Crying dalam sebuah program muzik.

Masih mengekalkan sikap profesional, Minhee tetap memilih untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa memegang bajunya sehingga tamat persembahan untuk mengelakkan daripada terlucut.


Namun lain pula jadinya apabila portal Koreaboo melaporkan Minhee telah dituduh sengaja mencari publisiti murahan dan melabelkan kejadian yang berlaku itu hanya sekadar gimik untuk menarik perhatian bagi mempromosikan single ke-tujuh mereka.

Antara komen yang diberikan oleh netizen ialah:

“Kalau benar tali baju itu putus secara tidak sengaja kenapa riak wajahnya tidak nampak risau?

“Mereka sengaja ingin mencari perhatian supaya lagu mereka berada di tangga pertama, percayalah,”

“Tidak pasti sama ada insiden itu disengajakan atau tidak, tapi disebabkan imej Stellar yang terkenal dengan seksi jadi ramai orang meraguinya,”

Terdahulu, Stellar pernah mendapat kritikan berikutan kerana imej kumpulan tersebut yang dianggap terlalu seksi.

Sumber: astrogempak




0 Response to "Padah terkangkang-kangkang ketika persembahan, tali gaun penyanyi K-pop ini putus hingga mendedahkan bentuk p#yud#r#nya yang lembik"

Catat Ulasan

dzulCYBER