Kontroversi ditangkap polis kerana didakwa terlibat penipuan hartanah RM500 ribu, ini RESPON terbaru Adlin Aman Ramlie yang amat mengejutkan

Umum sudah pun mengetahui pelakon, Adlin Aman Ramlie baru-baru ini telah ditahan polis untuk membantu siasatan berkaitan dengan penipuan pelaburan hartanah, namun semalam beliau dilepaskan dengan ikat jamin. Hari ini beliau tampil membuat sidang media menjelaskan dimana nama beliau telah disalah guna pihak tertentu untuk mempromosikan skim syarikat itu.

“Memang saya mengenali beberapa individu yang dikatakan terbabit dalam penipuan hartanah berkenaan. Cuma kecewa nama saya disalah guna sehingga ditahan polis bagi membantu siasatan kes ini dan berasa dijadikan kambing hitam. Pada jam 2.30 petang Rabu lalu, polis datang ke rumah meminta saya hadir ke Bukit Aman kemudian dibawa ke balai polis”


“Selepas berpuas dengan keterangan diberikan, saya dibebaskan dengan jaminan polis. Tujuan saya membuat sidang media ini bagi menjelaskan beberapa dakwaan tidak betul yang mengaitkan saya dengan penipuan ini seperti tersebar. Pada masa sama, saya akan terus membantu polis untuk menyiasat sindiket penipuan besar ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, beliau turut menafikan desas-desus mengatakan beliau telah ditahan reman selama empat hari sebaliknya dirinya hanya dibawa ke balai polis hanya pada 20 Julai lalu untuk membantu siasatan. Malah beliau turut menegaskan untuk bersikap lebih berhati-hati memilih undangan selepas apa yang berlaku supaya ianya tidak berulang.

Sebelum ini, Adlin dilaporkan telah ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada Rabu lalu selepas beliau dikatakan terlibat dalam satu sindiket penipuan pelaburan hartanah. Beliau kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengenai kes berkenaan yang dikatakan hampir berjumlah hampir RM500,000.

Sumber: Rotikaya

1 Response to "Kontroversi ditangkap polis kerana didakwa terlibat penipuan hartanah RM500 ribu, ini RESPON terbaru Adlin Aman Ramlie yang amat mengejutkan"

dzulCYBER