Gara-gara panik dikejar gajah liar, inilah yang terjadi kepada Arnold Schwarzenegger di dalam seluarnya yang amat memalukan

Pelakon terkenal Hollywood, Arnold Schwarzenegger panik dikejar gajah liar ketika melawat sebuah taman safari di Cape town, Afrika Selatan.

Menurut laporan DailyMail, kejadian itu berlaku dengan pantas apabila seekor gajah liar berasa terancam dengan kehadiran kereta yang dinaiki Arnold sebelum bertindak melibaskan telinganya pada kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, Arnold berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan dan sempat merakamkan detik cemas itu.

Khuatir gajah itu bertindak ganas, pemandu pelancong kemudiannya mematikan enjin kereta supaya tidak menakutkan haiwan liar itu.

Gajah itu kemudiannya berundur dan masuk kembali ke dalam hutan.


Bagaimanapun sebaik sahaja enjin dihidupkan, gajah itu kemudiannya kembali dan mengejar kereta tersebut sebelum pemandu bertindak memecutkan kenderaannya untuk menyelamatkan diri mereka.

Dalam pada itu, Arnold juga telah berkongsi detik cemas itu dengan memuatnaik satu video di akaun instagramnya dan kapsyen:

“Saya sememangnya tertarik dengan haiwan yang sebegini kuat dan cantik walaupun ada di antara kami terpaksa menukar seluar selepas itu (terkencing).

“Kita sepatutnya berhenti membunuh mereka… Ambil gambar bukan bunuh.

“Jadi adakah anda suka berdepan dengan situasi seperti ini? Fikirkan,” tulisnya.

Difahamkan, Arnold berada di Afrika Selatan bertujuan untuk mempromosikan sebuah festival sukan terbesar Arnold Sports South Africa yang berlangsung di Johannesburg.

Sumber: Astrogempak

1 Response to "Gara-gara panik dikejar gajah liar, inilah yang terjadi kepada Arnold Schwarzenegger di dalam seluarnya yang amat memalukan"

dzulCYBER