Punca sebenar pelakon wanita popular ditikam di leher dan dada sampai nyawa-nyawa ikan

Seorang penyayi Jepun ditikam beberapa kali oleh seorang peminat fanatik ketika sedang menunggu untuk membuat persembahan di Tokyo pada Sabtu.

Lapor agensi berita AFP, Mayu Tomita, 20, ditikam di bahagian leher dan dada.

Menurut polis tempatan, keadaan Tomita masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Polis juga sudah menahan suspek Tomohiro Iwazaki, 27, di tempat kejadian.

Menurut laporan The Japan Times, Iwazaki bertindak untuk menikam Tomita hanya kerana penyanyi wanita itu menolak pemberian hadiahnya.

Iwazaki dilaporkan sering cuba untuk berhubung dengan Tomina menerusi laman blognya dan Twitter.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Jepun sering membuat kemunculan di lokasi-lokasi kecil untuk bertemu dengan peminat.

Sebelum ini dua anggota kumpulan AKB48 diserang oleh seorang peminat ketika satu acara ‘meet and greet’.

Sumber: mediapenmerah




0 Response to "Punca sebenar pelakon wanita popular ditikam di leher dan dada sampai nyawa-nyawa ikan"

Catat Ulasan

dzulCYBER