Tak mengaku merogol, lelaki ini dakwa terjatuh dan zakarnya 'tercucuk' dalam faraj gadis 18 tahun tanpa sengaja

Seorang lelaki Britain yang dituduh memperkosa seorang remaja memberitahu polis dia 'tercucuk' mangsa selepas terjatuh keatasnya.

Ehsan Abdulaziz, 46, dituduh memperkosa seorang remaja ketika mangsa sedang tidur di atas sofa di sebuah apartmen di London.

Selepas mangsa melaporkan perkara tersebut kepada polis, Abdulaziz yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu detektif : "Dia perlu membuktikannya".

Mangsa berusia 18 tahun itu bertemu dengan Abdulaziz di kelab malam Cirque le Soir pada 7 Ogos 2014 bersama rakan.


Abdulaziz kemudian menjemput mangsa dan rakannya untuk membawa mereka pulang ke rumah dengan menggunakan Aston Martin sebelum menjemput mereka berdua minum di dalam rumah.

Namun, mangsa yang tersedar di awal pagi mendapati Abdulaziz berada di atas badannya dalam keadaan cuba memperkosa, dakwa mangsa.

"Dia bangun dan mendapati tertuduh sedang menciumnya dan kemaluan tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa. Dia memakai seluar pendek dan tertuduh telah menolaknya(seluar) ke arah tepi", kata pendakwa raya Jonathan Davies.

"Mangsa berkata : 'Apa kamu sedang buat?', tertuduh membalas : 'Tak mengapa' menunjukkan rakan mangsa yang masih tidur".

Mangsa yang ketakuan kemudian melarikan diri dari apartmen tersebut dan melaporkan kejadian kepada polis.

Abdulaziz pada awalnya mendakwa remaja itu menariknya hingga terjatuh ke atas badan remaja berkenaan sebelum meletakkan tangannya diantara celah kangkang.

"Dia berkata dia terjatuh ke atas mangsa dan kemaluannya mungkin tercucuk kemaluan mangsa", kata Davies.

Abdulaziz tidak mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Perbicaraan bersambung.


Sumber: tahipalat

0 Response to "Tak mengaku merogol, lelaki ini dakwa terjatuh dan zakarnya 'tercucuk' dalam faraj gadis 18 tahun tanpa sengaja"

Catat Ulasan

dzulCYBER