Koleksi Gambar KERETA Terbaru SHAFIQ RAHIM JDT

Pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim iaitu Shafiq Rahim kini telah membeli sebuah kereta mewah yang amat rare di Malaysia.

Kereta itu ialah Ford Mustang yang harganya mencecah RM300 ribu ke atas. Memang mantap! Gambar kereta baru Shafiq Rahim itu dimuatnaik di laman sosial rasmi JDT dengan kapsyen yang amat win.

Ini kapsyennya:

Mereka bangun setiap hari memikirkan untuk menulis perkara negatif tentang kami. Kami bangun setiap hari mengucapkan syukur kepada Allah dan hidup berjaya.

Gaya hidup JDT. Keluarga JDT.
(Safiq Rahim dan kereta terbarunya Ford Mustang)

Bertuahlah Shafiq Rahim. Mesti gajinya mantap di JDT.

Jom lihat gambar kereta Shafiq Rahim


Salam. Jom tengok pula Gambar Kereta Datuk Lee Chong Wei


Woaahhh kalau pasal kereta, mesti mata aku laju jer nak tengok lama – lama. Dahlah sporty huii mahal pulak tak mampu nak beli dapat tengok pun jadik. Terkedu aku bila tengok koleksi gambar kereta Datuk Lee Chong Wei. Perghhhh terbaik dari ladang!

Dato Lee Chong Wei baru-baru ini membeli sebuah kereta sport mewah baru iaitu Ferrari F430 berwarna putih. Ferrari F430 ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai kuasa kuda melebihi 480.

Dato Lee Chong Wei yang berusia 29 tahun turut memiliki sebuah kereta sport Nissan GT-R R35 (dipercayai telah dijual untuk membeli Ferrari F430), BMW X6 Coupe dan Proton Inspira 2.0 yang merupakan hadiah dari pengeluar kereta untuk memberi penghormatan kepada pencapaian beliau.

Fuhhhh kalau aku pun sanggup jual kereta sport lain kalau dapat Ferrari. Bestnya jadik antara Insan yang bertuah macam nih kan? Bila laa pulak masa untuk menjadi yang bertuah nihhh sampai.

1 Response to "Koleksi Gambar KERETA Terbaru SHAFIQ RAHIM JDT"

  1. Mereka bukan bertuah, tetapi mereka berusaha dan kerja keras untuk menjadi yang terbaik

    BalasPadam

dzulCYBER