Joras Tersingkir Kerana Lawak Biadap?

Semalam merupakan minggu ke 12 Maharaja Lawak Mega 2016. Wahh, cepat masa berlalu kan? Apa pendapat anda mengenai peserta-peserta untuk musim ni? Kelakar sampai boleh buat korang menangis tak? Walaupun edisi kali ni peserta tak power macam tahun-tahun sebelumnya, kami sebagai penonton rasakan MLM 2016 masih punyai tarikan tersendiri.

Bertemakan ‘Radio dan Artis Jemputan’, majoriti peserta dapat buat persembahan yang baik. Boleh la buat kami ketawa daripada tak ketawa langsung. Huhu. Oh ya, semalam juga merupakan persembahan terakhir Joras yang dianggotai Rahim, Syuk dan Joey kerana mereka disingkirkan. Minggu depan merupakan pentas separuh akhir. Agak-agak siapa yang dapat ke final?

Joras tersingkir kerana lawak biadap?

Tonton video di SINI

Kami tidak berpihak kepada sesiapa mengenai perkara ni. Mungkin Joras dan Mak Jah dah rehearsal awal-awal dan sediakan skrip yang teratur sebelum buat persembahan. Tapi ramai yang berpendapat lawak Joras terhadap Mak Jah sangat over. Adakah ini faktor utama sebab mereka tersingkir? Nak ikutkan persembahan mereka akhir-akhir ni dapat pujian para juri.

Sumber asal: Ohbulan



0 Response to "Joras Tersingkir Kerana Lawak Biadap?"

Catat Ulasan

dzulCYBER