Inilah 6 Foto Hotel ''SYURGA' Untuk Pelancong Yang Suka Berbogel Dan Bertelanjang Bulat

Negara-negara seperti Jerman, Mexico, United Kingdom, Sepanyol dan Perancis ada ‘syurga’ buat si pelancong yang gemar berbogel serta bertelanjang bulat sepanjang percutian mereka.

Malah, mereka ‘dihalalkan’ untuk berbuat demikian untuk sepanjang masa, anytime, anywhere dalam premis hotel bogel terkenal di seluruh dunia ini.


Nak tahu lanjut, jom semak senarai lima hotel bogel terbaik di dunia:


1. Hidden Beach Resort Hotel, Tulum – Mexico

Hotel yang hanya dikhususkan untuk orang dewasa ini terletak di Maya Riviera yang mana pengunjung boleh menikmati mandian jakuzi dalam bilik masing-masing selain ia turut menyediakan pakej perkahwinan bogel di pesisiran pantai.


2. Hotel Zum Walde, Stolbeg, Jerman

Hotel ini menyediakan dua bahagian hotel, yang mana satu adalah untuk pengunjung yang tak nak berbogel manakala satu bahagian lagi dikhaskan untuk nudist menayangkan ‘aset-aset’ mereka. Biliknya dihiasi dengan gaya rustic yang mana turut menyediakan perkhidmatan spa dan sauna untuk keselesaan pelanggan.


3. Hotel Oz’Inn, Cap d’Agde, Perancis

Hotel ini terletak di perkampungan yang membenarkan perbuatan berbogel di tempat awam, 300 meter dari kawasan pantainya. Di atas bahagian hotel itu disediakan spa dan katil berkanopi untuk menimbulkan suasana romantis dalam kalangan pengunjung.


4. Hotel Vera Playa Club, Vera, Sepanyol

Terletak di Almeria, yang mana merupakan salah satu daripada pantai untuk aktiviti berjemur bogel di Sepanyol. Kolam renang hotel ini dikeliling pokok kelapa sawit dan juga dilengkapi gelongsor serta jakuzi. Ia turut menawarkan pelbagai tema untuk parti di waktu malam. Ia boleh dikunjungi kanak-kanak malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pengunjung cilik ke sana.


5. Hotel & Spa Clover, Birmingham, United Kingdom

Hotel ini terletak di tengah-tengah pusat komersil bandar Birmingham. Ia menawarkan taman tertutup yang mana menyediakan perkhidmatan urut serta rawatan kecantikan buat pengunjungnya.

0 Response to "Inilah 6 Foto Hotel ''SYURGA' Untuk Pelancong Yang Suka Berbogel Dan Bertelanjang Bulat"

Catat Ulasan

dzulCYBER