Inilah 3 Foto Wajah Sebenar Isteri Lan Pet Pet Yang Tidak Semua Orang Tahu

Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini hari ini.

Dengan empat kali lafaz, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39, sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan keluarga kedua- dua pihak.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000 beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah al-Quran.

Sumber: suaraagenda




0 Response to "Inilah 3 Foto Wajah Sebenar Isteri Lan Pet Pet Yang Tidak Semua Orang Tahu"

Catat Ulasan

dzulCYBER