'Encik, Boleh Tolong Azankan Anak Luar Nikah Saya?'

Saya seorang lelaki yang masih belum berkahwin. Saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku pada 2 minggu yang lalu. Kisah tentang seorang wanita yang terlalu muda melahirkan anak tidak sah taraf di sebuah hospital.

Melihat pada wanita itu terus membuatkan saya rasa bersalah sebagai seorang lelaki. Wanita itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tetapi disebabkan dia belum berkahwin, dia meminta salah seorang di situ untuk mengazankan anaknya. Kebetulan saya berada di situ, lalu saya mengambil bayi comel itu dan mengazankannya.

Selesai saja, saya melihat wanita itu menangis yang saya tidak pasti sama ada sedih ataupun terharu. Wallahualam. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih pada saya.

Selepas itu, datang sekumpulan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pegawai dari Pejabat Agama menyoal wanita itu bermacam-macam soalan. 


Dengan tenangnya wanita itu menjawab, dia tidak mengizinkan siapa-siapa pun mengambil anaknya. Apa pun yang akan terjadi, dia akan menjaga anak kecil itu sendiri walaupun tidak bersuami.

"Saya tak izinkan. Saya akan jaga anak saya sendiri walaupun takde suami," katanya sambil mencium anaknya tanpa henti.

Terdetik di hati saya, lelaki yang memperlakukan wanita ini sehingga melahirkan anak seorang diri di hospital ini adalah lelaki yang paling bodoh! Walaupun wanita ini melahirkan anak tanpa berkahwin, saya tetap memandang wanita ini seperti saya memandang permata yang belum pernah saya jumpa.

Pengorbanan dia melahirkan anak seorang diri membuatkan saya yang juga lelaki, sebak dan menangis. Dia seorang diri membawa barang-barang sambil mengendong anak kecil berjalan perlahan-lahan menuju ke jalan keluar hospital. Saya membantu membawa beg yang digalasnya itu.

"Dik, nak ke mana? Balik dengan siapa?" soal saya pada dia.

Wanita itu hanya tersenyum dan hanya menjawab balik ke rumah dengan teksi. Allahuakbar.

Kepada semua lelaki, tolonglah jangan buat wanita seperti ini. Anda tidak tahu betapa sedihnya saya melihat keadaan mereka yang bernasib seperti ini yang juga disebabkan oleh golongan lelaki. Terasa malunya saya sebagai lelaki bila melihat kaum saya sendiri menganiaya seorang wanita yang berhati mulia seperti dia.

Jangan ingat selepas dapat meniduri perempuan, terus pergi begitu sahaja tanpa mempedulikan mereka dan kandungannya. Mungkin di dunia anda boleh terlepas, di 'sana' kelak, menanggung azab yang tidak terhingga.

Kepada wanita yang lain, kalau terjumpa dengan wanita seperti yang saya ceritakan ini, usahlah dicaci maki, dikeji hina. Sesungguhnya mereka sanggup menjaga anak sendiri atas dosa lampau mereka membuatkan saya memandang mereka pada level yang paling atas sekali.

Sumber: pixelperfext

0 Response to "'Encik, Boleh Tolong Azankan Anak Luar Nikah Saya?'"

Catat Ulasan

dzulCYBER