Tak Masuk Akal! Rupanya ini sebab sebenar Ayda Jebat menang 5 trofi Anugerah Meletop Era 2016 pada Ahad lalu

Ayda Jebat telah berjaya merangkul empat anugerah semasa majlis Anugerah Meletop ERA yang berlangsung malam Ahad lepas. Namun antara yang mengejutkan ialah kemenangan Ayda mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dalam kategori Penyanyi Meletop.

Kemenangan Ayda mendapat pertikaian hebat netizen yang menganggap dia tidak layak memenangi anugerah tersebut apabila dibandingkan bakat dan popularitinya dengan diva tersohor itu. Malah ada yang membuat tanggapan bahawa Ayda menang kerana dia ialah duta kepada produk Aura White yang menaja majlis pada malam tersebut.


Melalui mStar Online, Ayda menafikan perkara itu. Katanya, dia menang empat kategori tersebut hasil kerja keras peminat yang mengundinya.

Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan.

Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya.

Ayda memenagi kategori utama Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP. Melalui kemenangan tersebut Ayda membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain.

Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu.

Bagi Ayda, trofi Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP menerusi lagu Siapalah Diriku yang diterima adalah anugerah paling bermakna buat dirinya yang baharu bergelar penyanyi dan ia menyuntik semangatnya untuk terus menghasilkan karya yang terbaik dan digemari masyarakat.


Saya menangis ketika mengambil anugerah ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang hebat-hebat dan ada kelab peminat yang kuat.

Kemenangan ini membuatkan saya ingin hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada amsa akan datang. Ramai yang bertanya saya tentang lagu balada, tapi saya rasa belum sampai masanya untuk menyanyikan lagu berat.

Lagu-lagu Ayda sememangnya catchy dan mudah mendapat tempat, namun begitu ia tidak lari dari terkait kontroversi. Lagu Siapa Diriku dikatakan mempunyai persamaaan dengan lagu Meghan Trainor manakala korus lagu Pencuri Hati hampir 100 peratus sama dengan lagu K-Pop Talk Talk Talk nyanyian N.S Yoong.

Ayda bagaimanapun menafikannya melalui BH Plus.

Sumber: beautifulnara

0 Response to "Tak Masuk Akal! Rupanya ini sebab sebenar Ayda Jebat menang 5 trofi Anugerah Meletop Era 2016 pada Ahad lalu"

Catat Ulasan

dzulCYBER