Sharifah Sakinah Sah Keguguran Anak

Takziah kami ucapkan kepada pelakon terkenal, Sharifah Sakinah yang telah mengalami keguguran baru-baru ini. Bagaimanapun pasangan romantis ini menganggap bahawa mungkin tiada rezeki lagi untuk mereka memiliki anak serta redha dengan ketentuan Ilahi.

“Saya mendapat tahu mengenai keguguran ini sekitar dua minggu lalu. Kandungan itu sendiri masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, saya menerima ketentuan ini dengan redha. Suami,Aliff Adha turut berperasaan sama,” katanya kepada Berita Harian.

Menurutnya lagi, walaupun bayi yang dikandung beliau hanya dipinjamkan dalam tempoh yang begitu singkat, tetapi ia cukup memberi kenangan indah bagi pasangan ini.

Sementara itu, beliau juga dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung kejadian malang yang menimpa dirinya.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana ingin meneruskan pengajian didalam kursus kecerdasan di luar negara.

Namun, tambahnya jika sudah ditakdirkan mereka mendapat anak dalam masa yang terdekat, beliau terima dengan hati terbuka.








0 Response to "Sharifah Sakinah Sah Keguguran Anak"

Catat Ulasan

dzulCYBER