Paling Bangang & Memalukan!! Foto-foto photoshoot pasangan pengantin melayu yang memalukan umat Islam

Seorang lelaki memuat naik gambar sepasang pengantin yang bergambar dalam gaya yang agak pelik dan kurang menyenangkan mata di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen.

"Macam ini ke adat orang Melayu, adat orang Islam? Nak photoshoot pun agak-agaklah kalau nak lain dari yang lain sekali pun.

"Apa pandangan orang dan bangsa lain kalau tengok gaya seperti ini? Saya yang beragama Islam pun rasa malu bila kawan saya bangsa lain yang WhatsApp gambar ini kepada saya.

"Mohon kita yang lain tidak terikut dengan cara ini. Islam itu indah dan mudah. Bukan nak kata diri ini bagus, maaflah kalau tak suka," kata sumber.


Sementara itu, netizen juga memberikan pandangan masing-masing.

"Aku kahwin dulu tak adalah macam ini. 10 tahun lepas kot. Tapi masa itu jalan laju pun orang tua dah bising. Kalau bergaya macam ini, memang heart attack mak bapak aku malu dengan orang kampung.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa gaya apa sekali pun adalah hak pasangan pengantin itu sendiri dan orang lain tidak boleh menegur mereka.

"Suka hati dialah nak menonggeng ke, nak melentang ke, itu gambar dia, diri dia. Yang pergi viralkan gambar orang tu kenapa?" kata Rethuan Bin Jaafar.

0 Response to "Paling Bangang & Memalukan!! Foto-foto photoshoot pasangan pengantin melayu yang memalukan umat Islam"

Catat Ulasan

dzulCYBER