Inilah cerita sebenar gadis 18 tahun tiba-tiba kahwin Pakcik 62 tahun

“HINA sangat ke kahwin dengan orang tua”, kata Nur Nasirah Nazri yang berusia 18 tahun dan baharu berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun, Ismail Lambak baru-baru ini.

Nur Nasirah membuat komen tesebut susulan gambar-gambar perkahwinannya menjadi viral di Facebook sehingga mendapat komen negatif daripada netizen yang mempersendakan perkahwinan pasangan itu.

“18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha,” tulis sebuah laman fan page di Facebook yang disertai dengan emoticon gelak ketawa.


Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan.

“Terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.

“Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap.

“By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

“Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin,“ katanya.

Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini ambil pendirian untuk berdiam diri, namun disebabkan gambar dia dan suaminya dijadikan bahan jenaka, menyebabkan hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu.

Gambar perkahwinan pasangan bahagia ini turut membuatkan selebriti dan pengacara terkenal, Faisal Ismail berkongsikan di ruangan Facebooknya sambil mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kpd Pak Cik Ismail Lambak 62 yang kahwin dengan gadis comel 18 tahun… inilah dinamakan jodoh, jangan jeles-jeles..jadikan inspirasi.. eh?,” katanya di laman Facebooknya.-MYNEWSHUB.CC


5 Responses to "Inilah cerita sebenar gadis 18 tahun tiba-tiba kahwin Pakcik 62 tahun"

  1. Seronok dpt isteri sangat jauh umur drpd suami.

    BalasPadam
  2. Beza anak dara punya umur dengan pakcik adalah 44 tahun.
    Kalau saya berada di tmpt pkcik tu mesti saya rasa bahagia.

    BalasPadam
  3. Tentulah ada rahsia Suami yg berjaya memikat si Isteri atau sebaliknya.. apa2 pun tahniah diucapkan..semoga berbahagia till Jannah!

    BalasPadam
  4. Jodoh seseorang memang dah ditentukan oleh Allah SWT dari alam Rahim lagi.
    Alhamdulillah... Fikir fikirlah kuasa Allah Yang Maha Besar menentukan segalanya keatas manusia. So, stay calm no kutuk mengutuk.

    BalasPadam

dzulCYBER