Foto adik perempuan Mira Filzah kini tersebar

Pelakon baharu yang memiliki raut wajah comel iaitu Mira Filzah pastinya selepas ini akan lebih dikenali ramai menerusi bidang lakonan diceburinya selepas diberi kepercayaan penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama bersiri terbaharu berjudul Cinta Si Wedding Planner yang ditayangkan menerusi Slot drama dengan rating tertinggi, Akasia TV3.

Mira Filzah sebelum ini juga menjadi sebutan ramai terutamanya golongan lelaki berikutan kemunculannya dengan berpakaian seragam penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk sebuah telefilem berjudul Din Sardin yang ditayangkan di TV9.

Boleh dikatakan pembabitan Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badiozaman dalam dunia lakonan belum pun setahun, namun namanya dikenali dengan agak cepat dan drastik terutamanya oleh pengguna rangkaian laman media sosial.

Malah penampilan cantik dengan berhijab dilihat sebagai bonus untuk dirinya mendapat peminat yang ramai dimana penampilan tersebut bukan halangan untuk dia mencuba nasib mengetengahkan bakat yang ada dalam bidang lakonan tanah air.

Mira Filzah tampil dalam dunia peragaan untuk majalah ketika usia 18 tahun, sebelum pembabitan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi sebuah mini drama Dunia Lola rancangan Program Hijabista yang bersiaran di Astro Ria

Sumber: beritaviralon9








V


V


V


V


V

Foto adik perempuan Mira Filzah yang comel


0 Response to "Foto adik perempuan Mira Filzah kini tersebar"

Catat Ulasan

dzulCYBER