Datuk Eizlan Yusof Sudah Temui Pengganti Hati?

Sebelum ini, ramai yang mengetahui Datuk Eizlan Yusof sudah tiga kali meluahkan hasratnya untuk rujuk semula bersama Vie Shantie Khan, namun tiada jawapan yang diberikan oleh bekas isterinya.

Sedikit hampa rasanya lebih-lebih lagi dengan gosip percintaan Vie dan Zizan Razak, Eizlan memberitahu pintu hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya meskipun ada yang cuba mendekati dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan oleh Diva menerusi akhbar Kosmo, ada sumber terdekat Eizlan mengesahkan aktor itu sudah bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Jelas sumber itu lagi, wanita itu bukan seorang artis tetapi usianya lebih kurang dengan Vie.

Kalau berita ini benar, kami harap Datuk Eizlan Yusof dan wanita itu ada jodoh bersama. Lupakan kisah luka lalu.

Sumber: Beautifulnara



0 Response to "Datuk Eizlan Yusof Sudah Temui Pengganti Hati?"

Catat Ulasan

dzulCYBER