Setelah 4 hari rumahtangga dikatakan bergolak, inilah foto terbaru Dato' Aliff Syukri bersama isterinya di sebuah restoran yang benar-benar mengejutkan


Menerusi status terbaru yang dimuatnaik oleh pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih popular dengan panggilan 'Abang Terlajak ‎Laris' dilihat sedang meluangkan masa makan bersama isterinya, Datin Nur Shahida.

Sebelum ini, isu pergolakan rumah tangga mula timbul apabila ada pihak beranggapan yang rumah tangganya kini sedang mengalami masalah, ekoran beberapa status sedih dan kata-kata yang dimuatnaik olehnya.

Tetapi selepas gambar terbaru yang dimuatnaik olehnya itu telah menepis dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan bahawa rumah tangga jutawan kosmetik itu kini sedang goyah.

"Terima kasih semua yang menyayangi saya.. Terima kasih istriku Shahida untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang.. Ku harap engkau kekal bersama selamanya..," ujarnya di laman IGnya.

Bagaimanapun, Dato' Aliff buat masa ini beliau belum bersedia untuk berkongsi mengenai perihal itu dengan orang ramai.

Sumber: myartis







0 Response to "Setelah 4 hari rumahtangga dikatakan bergolak, inilah foto terbaru Dato' Aliff Syukri bersama isterinya di sebuah restoran yang benar-benar mengejutkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER