PATUTLAH! Akhirnya Terjawab Juga misteri kanak-kanak dengan wang jutaan ringgit dalam hotel jadi viral hari ini?

Pengguna media sosial hari ini dikejutkan dengan penyebaran gam­bar seorang kanak-kanak perempuan bersama sejumlah besar wang yang dianggarkan mencecah jutaan ringgit di da­lam sebuah bilik hotel dipercayai di ibu negara.

Berdasarkan gambar tersebut, kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun yang memakai baju tidur duduk di lantai dan bersandar tepi katil.

Di hadapannya terdapat wang kertas RM100 dan RM50 yang siap diikat serta disusun di dalam sebuah beg besar yang mempunyai tag daftar sebuah penerbangan tambang murah tempatan.

Terdapat juga seikat wang kertas RM1, RM5 dan RM10 di­le­takkan di dalam bagasi berke­naan.

Turut kelihatan ialah beg plastik putih yang dipercayai mengandungi sejumlah lagi wang di sebelah kanak-kanak berkenaan. Di sebelah beg plastik itu terdapat satu lagi bagasi berwarna merah jambu.


Gambar itu juga menimbulkan seribu persoalan antaranya bagaimana wang yang begitu banyak boleh berada di dalam bilik hotel, untuk tujuan apa dan kaitannya kanak-kanak ter­sebut.

Motif penyebaran gambar tersebut juga tidak diketahui.

Sumber: berita-harian


0 Response to "PATUTLAH! Akhirnya Terjawab Juga misteri kanak-kanak dengan wang jutaan ringgit dalam hotel jadi viral hari ini?"

Catat Ulasan

dzulCYBER