Masih ingat Ainul Aishah yang pernah dikecam kerana berbikini, jangan terkejut tengok 3 foto aksi mengghairahkannya ketika lakukan yoga hingga terlihat sesuatu aneh yang tidak sepatutnya

Selain Atilia dan Vanidah Imran, seorang lagi artis jelita, Ainul Aishah, 30, turut menjadikan yoga sebagai amalan bagi menjaga kecantikan dan kesihatan diri. 

Malah, dek minat terhadap senaman berkenaan, bintang Nana Tanjung ini terbang ke Jogjakarta, Indonesia, selama seminggu bermula 7 Februari lalu. Beliau ke sana bukan sekadar untuk bercuti, sebaliknya turut menimba ilmu yoga bersama pengamal senaman berkenaan di sana. 

Menurut Ainul, beliau mula bersemangat untuk menjadikan yoga sebagai sebahagian aktiviti rutin dirinya selepas menerima galakan daripada rakan baiknya, Sikin. 

"Teman saya itu kini sudah menjadi pelatih yoga. Dia memang antara orang yang memberikan saya semangat dan motivasi untuk mendalami yoga dengan lebih mendalam lagi. 

"Badannya makin cantik dan nampak sihat selepas mengamalkannya, selain banyak memberikan sisi positif untuk dicontohi. Ia juga antara alasan untuk saya mendalami yoga kerana ia bukan saja dapat menyerlahkan kecantikan luaran, bahkan dalaman juga. 

"Selain itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semangat saya untuk melakukan aktiviti kecergasan dan senaman membuak-buak. Jadi, saya mahu serius menjaga kesihatan dan badan. Dulu saya asyik memberi pelbagai alasan, sekarang tidak lagi," kata Ainul kepada BH Online. 


Kata wanita berasal dari ibu kota ini, kesempatan ke Jogjakarta juga memberikan ruang untuknya meredakan tekanan selain mencari angin baharu. 

"Sebelum ke sana lagi saya sudah mula membuat penyelidikan mengenai tempat belajar yoga yang menarik. Sebelum itu, saya sudah mula belajar yoga di sini. 

"Saya percaya ilmu ini sangat luas, jadi kita kena berusaha jika mahu mempelbagaikannya, termasuk beryoga. Saya juga berpeluang bertemu kawan baharu di sana," katanya yang turut menjalankan perniagaan menjual biskut. 

Mengenai perkembangan seni, Ainul yang mula berlakon pada usia 21 tahun terus bersemangat dalam dunia terbabit. 

Biarpun pernah memperlahankan seketika lakonan selama beberapa tahun kerana memberi tumpuan kepada perniagaan, Ainul kini enggan lagi menoleh ke belakang dan berazam untuk aktif semula di bidang seni. 

"Saya kini sedang melunaskan baki penggambaran drama, Akadku Yang Terakhir, arahan Amie Maziah. Ia turut dibintangi Amar Baharin dan Tiz Zaqyah," katanya.

Sumber: Berita Harian


0 Response to "Masih ingat Ainul Aishah yang pernah dikecam kerana berbikini, jangan terkejut tengok 3 foto aksi mengghairahkannya ketika lakukan yoga hingga terlihat sesuatu aneh yang tidak sepatutnya"

Catat Ulasan

dzulCYBER