Komen pedas Roberto Carlos setelah tonton video ulang tayang freekick Faiz Subri yang ternyata meleburkan rekod freekicknya tahun 1997

GEORGETOWN: Pemain Liga Super Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri mengakui terkejut apabila mendapat tahu video sepakan lencongnya kini disamakan atau lebih hebat daripada tendangan percuma pemain Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Video berkenaan kini menjadi viral dan mencipta sejarah tersendiri apabila detik tersebut dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia.

Menurut Mohd Faiz, 29, dia tidak menyangka tendangan percuma yang dibuat semalam, dalam perlawanan menentang Pahang menjadi viral dan mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola seluruh dunia.

Katanya, untuk membuat tendangan berkenaan dia sebenarnya meluangkan masa sekitar 15 minit setiap kali selepas tamat waktu latihan untuk cuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak.

"Saya menjadikan Roberto Carlos dan Christiano Ronaldo sebagai idola dan sering menonton video sepakan percuma yang diambil mereka melalui laman YouTube.

"Saya tidak menyangka sepakan percuma itu melonjakkan nama saya hingga disamakan seperti sepakan dua pemain terkemuka itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia dicalonkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA, Faiz berkata, dia menganggap itu sebagai rezeki dan peluang untuk dirinya menaikkan nama pasukan dan negara.

Dalam perlawanan di Stadium Bandaraya yang berkesudahan dengan keputusan Pulau Pinang membenam Pahang dengan keputusan 4 - 1

Gol ketiga pasukan, sumbangan Mohd Faiz ternyata meninggalkan impak tersendiri apabila diiktiraf komuniti bola sepak dunia sebagai setaraf dengan tendangan dilakukan Carlos iaitu bekas bintang pertahanan Brazil - Bharian Online


Korang rasa free kick siapa paling cantik? tgk video atas dan paling bawah tu.. admin pilih Mohd Faiz..

Admin: "habislah kali ini,,, free kick dia lagi best dari yg aku buat haritu...ciss" MUNGKIN itu yang tengah bermain dikepala hotak Carlos kan hehe... agak-agaknya apa komen Roberto Carlos selepas melihat tendangan percuma TERBAIK DUNIA Mohd Faiz semalam? pasti beliau tak puas hati kan... hehe dan teruja nak jumpa Mohd Faiz lepas ni mintak autograf hehe... sama-samalah kita tunggu apa komen Carlos nanti... apapun tahniah dan semoga Mohd Faiz menjadi penerima Anugerah Puskas FIFA tahun ini.

Sumber: berita-harian

0 Response to "Komen pedas Roberto Carlos setelah tonton video ulang tayang freekick Faiz Subri yang ternyata meleburkan rekod freekicknya tahun 1997"

Catat Ulasan

dzulCYBER