GEMPAK GILER! Shaheizy Sam umum tempat HONEYMOON yang pasti memeranjatkan isterinya Syatilla Melvin

Andai sepanjang enam tahun percintaan mereka, Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin jarang berkesempatan untuk keluar berdua, namun selepas diijabkabulkan pada 8 Februari lalu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 itu bertekad mahu meluangkan lebih banyak masa bersama.

Sam, 34, yang ditemui pada majlis resepsi ketiga perkahwinannya di Interior Design City Centre (IDCC), di sini, petang tadi berjanji akan memberikan lebih perhatian dan tumpuan kepada isterinya selain berusaha memenuhi setiap permintaannya.

"Sepanjang bercinta, kami jarang dapat melakukan aktiviti bersama seperti pasangan kekasih lain. Kami juga tidak pernah keluar berdua, walaupun hanya untuk menonton wayang.

"Selepas ini, saya akan cuba memenuhi dan melayani setiap permintaan Tilla. Saya juga akan luangkan masa dengan berjalan-jalan di lokasi menarik untuk berbulan madu. Ketika ini, kami masih belum memutuskan lokasi kerana sibuk menguruskan majlis persandingan.

"Insya-Allah, jika tiada aral saya akan memenuhi hasrat isteri yang teringin untuk bercuti di Kepulauan Maldives," kata Sam yang mengakui sudah mampu menarik nafas lega apabila majlis resepsi ketiga mereka selesai.


Majlis persandingan yang berlangsung secara santai itu dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 tetamu termasuk peminat yang mula memenuhi dewan seawal jam 11 pagi.

Mengekalkan konsep Inggeris yang menjadi tema resepsi mereka, Sam dan Syatilla melangkah masuk ke dewan sekitar jam 3.05 petang diiringi pukulan dram daripada kumpulan pemuzik drumbell, KL3D.

Sam dan Syatilla turut memberikan ucapan ringkas dengan berterima kasih kepada tetamu yang hadir sebelum acara diteruskan dengan memotong pulut kuning.

Antara rakan artis yang hadir ialah Adi Putra, Johan, Ozlynwati, Esma Danial, Mustapha Kamal, Susan Menon, Bell Ngasri, Syafie Naswip, Emma Maembong dan Ika Nabella.

Sam dan Syatilla, 25, diijabkabulkan pada 8 Februari lalu dengan sekali lafaz di kediaman keluarga pengantin perempuan di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Resepsi pertama pasangan itu berlangsung di Kelab Golf Bukit Jawi, Pulau Pinang disusuli majlis sebelah pengantin lelaki di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Sumber: buletinpantas

0 Response to "GEMPAK GILER! Shaheizy Sam umum tempat HONEYMOON yang pasti memeranjatkan isterinya Syatilla Melvin"

Catat Ulasan

dzulCYBER