Fara Fauzana ambil keputusan undur diri daripada Hot FM

Selepas 10 tahun menceriakan dunia radio tanah air, akhirnya Fara Fauzana telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada bidang tersebut. 

Berita sedih ini telah diwar-warkan menerusi segmen pagi Hot FM hari ini. Sementara itu rakan-rakan Fafau iaitu AG, Ikhwan dan Liza pula akan meneruskan kerjaya mereka di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

Fafau juga turut mengumumkan pengundurannya ini menerusi akaun Instagramnya. Para peminat telah menggunakan kesempatan tersebut untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fafau yang telah menghiburkan mereka sepanjang 10 tahun menjadi deejay radio.

Kami merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang tepat. Lama sangat pun orang bosan juga kan? Mungkin sudah tiba masa untuk Fafau memberi fokus kepada bidang lain.

All the best and good luck kepada Fafau dan rakan-rakannya. Semoga terus maju jaya.

Sumber: beautifulnara



0 Response to "Fara Fauzana ambil keputusan undur diri daripada Hot FM"

Catat Ulasan

dzulCYBER