9 Foto sekitar majlis pertunangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Pelakon Shaheizy Sam, 34, selamat bertunang dengan kekasihnya pelakon Syatilla Melvin, 25, di kediaman keluarga Syatilla di Bukit Jawi Golf Villa, di sini, malam tadi.

Rombongan keluarga Sam tiba di rumah keluarga Syatilla pada 8.40 malam dengan membawa tepak sirih dan sebentuk cincin.

Pihak lelaki diwakili bapa saudara Sam, Muhammad Abdul Hamid dan abangnya, Datuk Ahmad Shahizan A Samad, manakala keluarga perempuan diwakili Datuk Seri Zainal Abidin Osman iaitu abang ipar Syatilla.

Majlis pertunangan diserikan dengan sesi berbalas pantun yang berlangsung kira-kira 10 minit.

Ibu Sam, pelakon Kathy Fauziah kemudiannya menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Syatilla.

Sam ketika ditemui bersyukur majlis pertunangannya berjalan lancar.

"Alhamdulillah, saya harap majlis esok (nikah) berjalan lancar. Saya sendiri macam tidak percaya sudah bertunang. Doakan majlis esok berjalan lancar," katanya.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada malam esok di lokasi sama, diikuti majlis resepsi dan persandingan keluarga sebelah pengantin perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Resort.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kedua-dua keluarga.

Majlis pertunangan dan malam berinai ini turut dihadiri rakan dan saudara terdekat kedua-dua belah pihak.









0 Response to "9 Foto sekitar majlis pertunangan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin"

Catat Ulasan

dzulCYBER