7 Foto perkahwinan Nas-T dan Atita Haris yang serba mewah

Bermula dengan tersebar dakwaan mereka pergi menjalani kursus perkahwinan bersama, akhirnya Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Atita Haris yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak, pada 29 Januari lalu.

“Sebenarnya, kami tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan ini. Tapi, apabila berita kami menghadiri kursus kahwin sudah tersebar, ibu bapa kami meminta agar tarikh perkahwinan dipercepatkan. Maklumlah, masing-masing sedang berdarah manis”

“Majlis itu hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja,” katanya dalam satu sidang media, hari ini. Pasangan sejoli itu sah dinikahkan tepat jam 10.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 19, Subang Jaya.

Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu bagaimanapun pernah memaklumkan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 4 Mac depan.

Pun begitu, Nas-T dan Atita tetap memilih tarikh 4 Mac sebagai majlis resepsi perkahwinan mereka di Hotel One City, Subang Jaya.








0 Response to "7 Foto perkahwinan Nas-T dan Atita Haris yang serba mewah"

Catat Ulasan

dzulCYBER