4 Foto reaksi mengejutkan Aaisyah Dhia Rana setelah dipeluk Siti Nurhaliza

Sekian lama ingin bertemu Aaisyah Dhia Rana yang juga anak kepada Rozita Che Wan, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya dapat mendukung si comel popular itu, malam tadi, pada majlis resepsi pereka fesyen, Ruzaini Jamil dan isteri, Nurul Hidayati Yahaya, di sebuah hotel terkemuka di sini. 

Gelagat Siti dan Aaisyah itu turut mendapat lebih 20,000 'like' di laman Instagram milik penyanyi lagu Jerat Percintaan itu.

Aaisyah juga dilihat cepat serasi dengan Siti kerana menurut Rozita sendiri, anak perempuannya mudah mesra dengan mereka yang mempunyai wajah cantik dan kacak. 

Siti memuat naik dua gambarnya bersama Aaisyah di laman bergambar popular itu, termasuk melakukan empat kolaj gambar berbeza pada salah satu gambar yang dimuat naik. 

"Geram sungguh budak ini. Sudah lama nak jumpa "princess" (merujuk kepada Aaisyah) ini. Akhirnya dapat juga jumpa," katanya di laman berkenaan. 

Dua gambar berkenaan turut mendapat komen pengikut Siti. Rata-rata memuji aksi comel mereka berdua. Naluri dan sikap keibuan Siti juga ternyata terserlah dalam gambar berkenaan. 

Siti sebelum ini pernah keguguran selepas dua bulan hamil. Beliau mengumumkan berita terbabit pada 1 Disember lalu.

Sumber: Bharian


0 Response to "4 Foto reaksi mengejutkan Aaisyah Dhia Rana setelah dipeluk Siti Nurhaliza"

Catat Ulasan

dzulCYBER