2 Foto Nurul Izzatul Shahirah anak perempuan Ahmad Maslan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi ini menghadiri majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, di sini. 

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada jam 10.55 pagi dan disambut oleh Ahmad serta isteri, Datin Noraini Sulaiman di kediaman mereka di Presint 10. 

Anak Ahmad, Nurul Izzatul Shahirah Ahmad, 22 dan pasangan, Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar, 22 sebelum itu dinikahkan sendiri oleh Ahmad di kediamannya kira-kira jam 9.30 pagi. 

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut bergambar bersama pasangan mempelai dan keluarga, serta menyertai majlis makan beradab. Kira-kira 300 tetamu hadir pada majlis berkenaan.

Sumber: Berita Harian



0 Response to "2 Foto Nurul Izzatul Shahirah anak perempuan Ahmad Maslan"

Catat Ulasan

dzulCYBER