15 Foto sekitar Majlis Akad Nikah Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Sebentar tadi pelakon jelita Anzalna Nasir 28, telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 28 dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri keluarga dan tetamu yang terdekat ini telah dijalankan sepenuhnya di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 1000.

Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 27 Februari di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.

Sekalung tahniah buat pasangan Anzalna Nasir dan suami, Haniff Zaki kerana telah menjadi pasangan suami isteri yang sah, dan kami di Rotikaya mendoakan agar pasangan ini berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.









0 Response to "15 Foto sekitar Majlis Akad Nikah Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur"

Catat Ulasan

dzulCYBER