10 Foto sekitar Majlis Malam Berinai Wawa dan Angah Raja Lawak

Pada malam tadi telah berlangsungnya Majlis malam Berinai Wawa iaitu bakal isteri Angah Raja Lawak ataupun nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim. Angah Raja Lawak sememangnya sudah cukup dikenali ramai selepas beliau memasuki pertandingan Raja Lawak pada tahun 2007 yang pertama sekali diadakan bersama dengan pelawak-pelawak yang cukup terkenal sekarang iaitu, Arwah Yus jambu, Tauke, Johan , Zizan dan ramai lagi. Walaupun Angah tidak memenangi Raja Lawak, beliau telah menjadi pelawak yang cukup dikenali dengan berbagai jenis filem komedi yang dilakonkannya bersama Along Cham.

Antara filem lakonan Angah Raja Lawak adalah Alamak Toyol, Shhh Dia Datang, Wawa Semput, Zoo, Cinta Ekstra dan Adnan Sempit. Filem yang melonjakkan nama beliau adalah filem lakonannya bersama dengan Shaheizy Sam dan Azad Jasmin iaitu Ngangkung, yang dimana telah meletup di panggung sehingga dapat mencatatkan kutipan melebihi RM8 juta. Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2010, Angah Raja Lawak telah turut dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangannya daripada program Raja Lawak iaitu Johan, Zizan, Along Cham, dan juga Nabil.

Pada 17 Januari 2015, Angah Raja Lawak telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya iaitu Ameera Asyuraataupun lebih dikenali dengan paggilan Wawa, dan pada malam ini juga telah berlangsungnya Majlis Berinai untuk Wawa bakal isteri Angah Raja Lawak dan Angah telah berkongsikan gambar-gambar semasa berlangsungnya majlis tersebut di Instagram miliknya. Jadi mari kongsikan beberapa gambar sekitar majlis malam berinai Wawa dan Angah Raja Lawak.

Cantiknya inai corak inai yang Wawa pakai nih… tak sabar nak tunggu majlis pernikahan dan persandingan pula.

Sumber: umbangambing






0 Response to "10 Foto sekitar Majlis Malam Berinai Wawa dan Angah Raja Lawak"

Catat Ulasan

dzulCYBER