Zizan Razak digosipkan bercinta dengan Vie Santie, bekas isteri Datuk Eizlan Yusof?

Zizan Razak sebelum ini dikhabarkan sedang rapat dengan seorang pelakon yang memegang status janda beranak dua tetapi apabila berita itu tersebar ramai yang menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan sebenarnya Zizan sedang menjalinkan hubungan dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Santie.

Malah, perkara itu juga disebut didalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan dimana Zizan dan Vie Santie dilihat sering keluar bersama dan mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Walaubagaimanapun Zizan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

"Tiada apa yang saya perlu komen, minta maaf."

Eizlan dan Vie disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 16 Februari tahun lalu.

Sejujurnya selepas kami keluarkan artikel mengenai Zizan bercinta dengan janda beranak dua, ada komen yang mengatakan perkara yang sama. Sejauh mana kebenarannya kita lihat sahajalah nanti.

Sumber: Beautifulnara





0 Response to "Zizan Razak digosipkan bercinta dengan Vie Santie, bekas isteri Datuk Eizlan Yusof?"

Catat Ulasan

dzulCYBER