Wanita ini koyak Al-Quran dan hina Islam ketika menonton bola

Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas. 

Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam. 

Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya. 

Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara. 


Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran. 

“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol. 

“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya. 

Mereka kemudiannya di dapati bersalah oleh Mahkamah dan di denda RM 2,756.28 (£500) dan diperintahkan membayar kos mahkamah RM 4,685.67 (£850).

Sumber: penangwasabi

0 Response to "Wanita ini koyak Al-Quran dan hina Islam ketika menonton bola"

Catat Ulasan

dzulCYBER