Sangat jijik bila pekerja lelaki ini kencing di sinki Pizza Hut berjaya terakam

Sungguh menjijikkan apabila terakamnya satu video seorang pekerja Pizza hut kencing di sinki restoran tersebut. Disebabkan oleh kejadian ini sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.


Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.

Sumber: queachmad


0 Response to "Sangat jijik bila pekerja lelaki ini kencing di sinki Pizza Hut berjaya terakam"

Catat Ulasan

dzulCYBER