Rita Rudaini akhirnya dedah kekasih hati terbarunya

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam hidupnya.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.


Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah ada kekasih baharu.)

Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.


Sebenarnya, cinta yang dimaksudkan adalah minyak wangi itu dan saya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produk ini. Peminat memberitahu mereka ingin melihat saya bahagia dan doa itu membuatkan saya gembira.

Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sekarang saya masih solo, namun itu bukan bermakna saya serik bercinta lagi, cuma penat perlu menjaga hati orang. Pun begitu, saya minta peminat terus mendoakan saya bertemu jodoh yang menyayangi saya dan anak.

Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan. Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga.

Sumber: mediatonton

0 Response to "Rita Rudaini akhirnya dedah kekasih hati terbarunya"

Catat Ulasan

dzulCYBER