Ramai terkejut dengan tindakan Adik Haseef terhadap Rosmah Mansor ketika isteri PM itu datang melawatnya

Walaupun kehilangan seluruh ahli keluarganya hampir sebulan lalu, Muhammad Haseef Mohd Halim,9, tetap riang apabila dikunjungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Muhammad Haseef menerima kunjungan Rosmah dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di rumah saudara sebelah bapanya, Dr Siti Sabariah Samian.

Kanak-kanak itu menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya Mohd Halim Samian, 44, dan Nurul Adila@Salawati Awang, 39, serta tiga adik-beradiknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, lemas di Air Terjun Bukit Belukar, Hulu Terengganu pada 19 Disember lalu.

Mohd Halim, yang merupakan seorang kontraktor, telah membawa keluarganya ke sana untuk bercuti akhir tahun.


Rosmah, yang diiringi oleh beberapa ahli dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) memberikan sumbangan RM5,000 dan jam tangan Adidas bagi pihak Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia yang mana beliau adalah penaungnya.

Bakti menyumbang RM5,000 yang digunakan untuk membuka akaun Tabung Haji di atas namanya, dan juga hamper buah-buahan, biskut dan coklat.

Muhammad Haseef duduk di atas riba Rosmah sambil beliau berbual dengannya dan cuba menenangkannya serta membuat jenaka yang dapat menceriakan budak lelaki itu.

Adik Haseef dapat cium pipi Datin Seri Rosmah. Untungnya

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, yang turut hadir berkata, Muhammad Haseef telah menerima bayaran RM1,500 untuk perbelanjaan pengebumian ibu bapanya dari Perkeso.

"Dia juga telah mula menerima pencen bulanan sebanyak RM1,150.50 yang akan diteruskan sehingga dia berusia 18 tahun atau sehingga dia selesai pengajian tinggi," kata Dr Azman.

Beliau berkata Muhammad Haseef juga layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan tertiari daripada Perkeso apabila dia memerlukannya.

Sementara itu, suami Dr Siti Sabariah, Azalan Ahmad berkata beliau dan isterinya telah memohon untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Muhammad Haseef.

"Kami telah diberi hak penjagaan sementara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok untuk bulan ini dan kita akan pergi ke mahkamah sekali lagi pada 3 Februari di mana kita akan diberi tempoh penjagaan selama tiga tahun.

Beliau berkata Muhammad Haseef, yang menghadiri sebuah sekolah Islam swasta bersama anak-anaknya, Abdullah Azam, 13, dan Abdullah Altaf, 12, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.

"Dia memberitahu saya bahawa dia tidak lagi mempunyai adik-beradik dan ibu bapa tetapi mampu menjalankan aktiviti harian dan pergi ke sekolah tanpa sebarang masalah," kata Azalan - mStar Online.

Sumber: berita-harian

0 Response to "Ramai terkejut dengan tindakan Adik Haseef terhadap Rosmah Mansor ketika isteri PM itu datang melawatnya"

Catat Ulasan

dzulCYBER