Lelaki ini berkahwin sebanyak 62 kali sejak umurnya 16 tahun, lihat apa di makannya setiap hari betul-betul kotor dan menjijikkan


Lelaki Kaherah ini berkahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga kini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah.

Abu Shadeed, lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Paling mengejutkan ialah Abu Shadeed dan beberapa anaknya boleh makan rumput malah rumput dijadikan sebagai pembuka selera.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari. Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan. Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya.


0 Response to "Lelaki ini berkahwin sebanyak 62 kali sejak umurnya 16 tahun, lihat apa di makannya setiap hari betul-betul kotor dan menjijikkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER