Keadaan kubur Arwah Yus Jambu selepas 59 hari meninggalkan kita

Keadaan kubur Arwah Yus Jambu selepas 38 hari meninggalkan kita.

Baca penuh SINI.

Sumber asal: beritasempoi

'Dalam tanah tu, kawan rapat kita ! aku sedih Pak Yuih tinggalkan kita dalam sekelip mata jah. La ni aku dok teringat kat Pak Yuih, makan nasi lemak bungkuih sama-sama..aku sedih '

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu, 39, meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, Yus menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam kenderaan kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh rakan karibnya, yang juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke, di laman Instagram miliknya.


"Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih@yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah," dipetik menerusi kapsyen foto yang dimuat naik Tauke.

Sebelum itu, Yus sempat menjayakan program 'Raja Band' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan gelaran 'Pak Yus' mula bergiat dalam bidang seni melalui teater.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

0 Response to "Keadaan kubur Arwah Yus Jambu selepas 59 hari meninggalkan kita"

Catat Ulasan

dzulCYBER