Ini jawapan balas Datuk Sheila Majid isu anak daranya, Kayda Aziz bersosial sakan

Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid mempunyai seorang anak gadis iaitu Wan Nur Khaleda atau lebih mudah dikenali sebagai Kayda Aziz memiliki raut wajah sama seperti ibunya.

Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Walaupun Datuk Sheila Majid dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

“Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.


“Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.

Sumber: beritabestt

0 Response to "Ini jawapan balas Datuk Sheila Majid isu anak daranya, Kayda Aziz bersosial sakan"

Catat Ulasan

dzulCYBER