Gambar Uqasha Senrose & Iqram Dinzly bercinta di Koh Lipe, Thailand?

Terkejut Abang Nara membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di BiPop semalam. Dengan tajuk artikel “Seksinya Uqasha”, Kak Raja mempersoalkan kejujuran Uqasha Senrose dalam memakai tudung selepas menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan Uqasha tidak bertudung ketika becuti di Koh Lipe, Thailand.

Selain itu turut terselit gambar Uqasha Senrose bersama Iqram Dinzly. Sebelum ini mereka berdua pernah digosipkan bercinta, namun Iqram dan Uqasha kedua-duanya menafikan gosip tersebut.

Di sini Abang Nara kongsikan tulisan Raja Nurfatimah yang cukup menarik untuk kita baca bersama-sama:-

"Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!!

Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii..

Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu.

Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya!

Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu."

Fuh. Pedih kata-kata daripada Kak Raja ini. Kena tunggu penjelasan dari Uqasha. Mungkin pelanduk 2 serupa kan? Siapa tahu? Abang Nara juga pasti ada sebab Uqasha merahsiakan hubungannya dengan Iqram. Mungkin mereka masih dalam fasa mengenali hati budi. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Beautifulnara



0 Response to "Gambar Uqasha Senrose & Iqram Dinzly bercinta di Koh Lipe, Thailand?"

Catat Ulasan

dzulCYBER