Foto wajah Bahrun Naim, ketua pengebom beran mati di Jakarta

Rakaman suara lelaki warga Indonesia yang dipercayai menjadi dalang dalam kejadian pengeboman dan tembakan di Jalan Thamrin, Jakarta Pusat pada Khamis lalu, mula tersebar.

Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Bahagian Penerangan Polis Republik Indonesia, Suharsono dalam sidang media di Jakarta semalam.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini, cuma kita belum boleh menyimpulkan bahawa adakah rakaman suara itu milik Bahrun Naim atau sebaliknya.

"Polis tidak mahu membuat sebarang andaian," katanya.

Suharsono berkata, rakaman suara itu telah tersebar sejak Sabtu lalu.

Sementara itu, Bahrun turut dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT).


Ketua Bahagian Hubungan Manusia Markas Besar Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Charliyan berkata, Bahrun menggunakan kepakarannya dalam bidang tersebut untuk merekrut pengikut dan merancang tindakan keganasan.

“Dia bukan sahaja pakar dalam bidang IT, malah turut mempunyai pasukan khas untuk merancang aktiviti keganasan,” katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan 12 orang di seluruh negara berkaitan dengan serangan di Jakarta dan menemui bukti kumpulan berkenaan merancang serangan berikut menyasarkan warga asing dan pegawai keselamatan di bandaraya lain seperti Bandung, lapor Liputan6.

Sumber: Sinarharian

0 Response to "Foto wajah Bahrun Naim, ketua pengebom beran mati di Jakarta"

Catat Ulasan

dzulCYBER