Datuk Fazley Bongkar Insiden Kek Anak Che Ta Dalam Semanis Fondant!

Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob telah membongkar pelbagai insiden yang berlaku ketika menyiapkan kek hari jadi anak lelaki kedua aktres, Rozita Che Wan atau Che Ta di dalam program realiti terbaru Semanis Fondant.

Semanis Fondant merupakan program yang menyaksikan penglibatan Datuk Fazley sebagai Ketua Bakeri dan Pastri di kedai bakeri dan pastri milik Chef Adu Amran.

Menerusi episod pertama program itu penonton akan melihat bagaimana Datuk Fazley dibantu empat lagi pembuat kek lain iaitu Cef Abang Brian, Cef Sherry, Cef Imelda dan Cef Razif dalam menyiapkan tempahan kek daripada Che Ta buat majlis hari jadi anaknya Aniq.


Datuk Fazley berkata pelbagai cabaran dan insiden yang tidak diingini berlaku ketika menyiapkan kek tersebut sehingga mereka melalui masa-masa yang agak sukar.

"Tempahan yang kami terima ini agak unik iaitu Che Ta mahukan kek berbentuk sebuah sport car keluar dari atas jalan raya.

"Kami hanya diberi masa kurang 24 jam untuk memikirkan serta menyiapkan kek tersebut termasuk fondant dan hiasan.

"Dalam rancangan ini saya pasti penonton juga akan berdebar melihat bagaimana kek yang hampir siap itu terpaksa dibuang dan perlu dibuat semula sebelum majlis bermula tinggal beberapa jam sahaja lagi.

"Banyak lagi insiden yang panik berlaku termasuk ketika kami bawa kek itu ke lokasi majlis itu diadakan. Tapi semuanya penonton harus lihat sendiri nanti kerana apa yang kami hadapi adalah realiti yang dilalui setiap baker di dunia," katanya.

Semanis Fondant akan mula disiarkan hari ini iaitu setiap hari Isnin jam 9.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Bersiaran selama 13 episod, penonton bakal lihat bagaiamana mereka menyiapkan tempahan termasuklah kek majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, majlis perasmian dan parti bachelorette dalam masa yang singkat.

Selain itu, pelbagai drama, tips, teknik dan pengedalian fondant akan dikongsi kepada para penonton.

Sumber: murai

0 Response to "Datuk Fazley Bongkar Insiden Kek Anak Che Ta Dalam Semanis Fondant!"

Catat Ulasan

dzulCYBER