Ayda Jebat punca sebenar Aiman dan Fathia Latiff putus cinta?

Desas desus kencang mengatakan bahawa pelakon Ayda Jebat merupakan punca kepada perpisahan kepada pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff baru-baru ini.

Bagaimanapun, reaksi pelantun Siapa Diriku terkejut kerana tidak pernah mengetahui akan dikaitkan dengan hal tersebut dan menyifatkan perkara tersebut sebagai satu kontroversi yang merepek.

“Saya tak tahu dan tak pernah menghubungi dia (Aiman). Lagipun tak pernah simpan nombor telefonnya. Saya kenal dia (Aiman) sewaktu menjalani penggambaran drama Isteri Separuh Masa dan setakat itu sahaja. Tapi apa yang boleh saya cakap dia seorang artis yang sangat professional, dan sangat baik”

“Perkara ini sangat merepek. Ada yang suarakan pendapat mereka untuk saya mempunyai teman lelaki supaya saya tak dikaitkan lagi dengan mana-mana artis lelaki tetapi bagi saya itu tidak kerana terpulanglah pada mereka bagaimana mahu mengendalikan sesuatu keadaan,”
katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2016.

Sementara itu, Ayda Jebat telah menerima pencalonan yang paling banyak dalam Anugerah MeleTOP ERA 2016 antaranya ialah kategori Pelakon MeleTOP, Lagu MeleTOP, Drama MeleTOP, dan Penyanyi MeleTOP.

Sumber: Rotikaya







0 Response to "Ayda Jebat punca sebenar Aiman dan Fathia Latiff putus cinta?"

Catat Ulasan

dzulCYBER