Akim & The Majistret dinobatkan Juara Lagu (AJL) ke-30 malam tadi

Lagu Potret dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 di pentas akhir malam ini sekali gus menewaskan 12 lagu yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Akim & The Majistret menerusi lagu Potret, komposer Hang Nadim dan liriknya oleh Kamar Empayer membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi AJL.

Naib juara pula memihak kepada Faizal Tahir yang membawa lagu Assalammualaikum komposer dan penulis lirik oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok menerima RM35,000 dan trofi AJL.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Caliph Buskers menerusi lagu Hanya Namamu, komposer dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL.


Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi AJL.

Berikut senarai pemenang bagi AJL29 :

Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah)

Tempat ketiga: Caliph Buskers (Hanya Namamu)

Naib Juara: Faizal Tahir (Assalammualaikum)

Juara: Akim & The Majistret (Potret)


0 Response to "Akim & The Majistret dinobatkan Juara Lagu (AJL) ke-30 malam tadi"

Catat Ulasan

dzulCYBER