Agnes Monica dikritik netizen pakai Skirt Jarang berkalimah Arab

Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan Arab ketika menjayakan Konser Raya 21 Indosiar baru-baru ini.

Agnes yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika tampil memakai skirt jarang bertulis perkataan ‘muttahidah‘ yang bermaksud ‘bersatu’.

Kebanyakan netizen di Indonesia menyelar pakaian yang digayakan Agnes pada konsert sempena ulang tahun stesen penyiaran tempatan tersebut.


Menurut penaja busana Agnes, KTZ memberikan penjelasan bahawa perkataan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana ayat Al-Quran.


Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.


“Tiada unsur penghinaan, kalau ada ayat Al-Quran baru saya tidak setuju,” ulas Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz.

Sumber: mynewshub

0 Response to "Agnes Monica dikritik netizen pakai Skirt Jarang berkalimah Arab"

Catat Ulasan

dzulCYBER