6 Foto terbaru Ayda Jebat yang mengaku ditawarkan $eks jejaka di Amsterdam

Rupa-rupanya, ketika Ayda Jebat menjalani penggambaran drama Amsterdam November tahun lalu, pelakon wanita ini mengakui beberapa kali telah diganggu oleh lelaki berbangsa asing.

“Saya tidak berapa suka Amsterdam kerana cara hidup orang sana yang terlalu terbuka terutama berkaitan seks. Saya juga diganggu beberapa lelaki asing yang menawarkan perkhidmatan itu”

“Ada juga ketika sedang penggambaran seorang lelaki iaitu tukang sapu sampah di kawasan itu cuba berbual-bual dengan saya, namun selepas itu kata-katanya mula lucah dan berbaur seks, saya angkat kaki dan terus mencari kru produksi lain,”
cerita pelakon ini kepada mStar Online.

Selain itu, dalam masa yang sama Ayda juga tidak mahu memberikan gambaran ndan juga imej negatif ketika membawakan watak di dalam lakonannya bagi menghormati peminatnya.

“Saya bertegas untuk menolak beberapa aksi yang saya rasa keterlaluan kerana bagi saya ia tidak sesuai ditonton peminat-peminat yang rata-rata golongan kanak-kanak”

“Lagi pula sekarang teknologi media sosial tidak boleh dikawal. Saya tidak mahu ada orang luar yang ambil gambar saya ketika melakonkan aksi itu dan menjadikannya viral,”
katanya.

Sumber: Rotikaya







0 Response to "6 Foto terbaru Ayda Jebat yang mengaku ditawarkan $eks jejaka di Amsterdam"

Catat Ulasan

dzulCYBER