4 Foto kekasih baru Anis Al Idrus yang hensem dan macho

Pelakon, model Anis Al Idrus yang sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Ungku Ismail.

Namun mengenai Ungku Ismail, Anis enggan mengulas lanjut kerana fokusnya kini adalah pada bidang baru yang diceburi iaitu menyanyi.

Menceritakan permulaannya melangkah masuk ke bidang seni suara, Anis memberitahu, dia tiba-tiba ditanya oleh Nasir Deraman dari Syarikat Music Space.

"Dia tanya saya boleh menyanyi atau tidak. Saya jawab boleh sebab saya suka karaoke. Dan kami terus setuju rekod bulan Oktober dan bermula hujung bulan Disember lalu, kami all out untuk promosi.

"Selepas ini akan ke stesen-stesen radio pula untuk promosikan lagu 'Mengapa' ciptaan May Lee. Lagu ini berentak balada. Harap pendengar suka dan boleh terima," katanya lagi. 


Untuk menjadi penyanyi yang baik, Anis juga mengambil kelas vokal.

"Bila dengar lagu saya di radio, saya sangat best. InsyaAllah, saya akan cuba pertingkatkan mutu suara saya sebab sekarang sudah bergelar penyanyi," jelasnya.

Selain menyanyi, Anis juga tidak akan tinggalkan dunia modeling dan lakonan. Jika ada peluang, Anis juga mahu bergelar pengacara.

Sumber: mediahiburan




0 Response to "4 Foto kekasih baru Anis Al Idrus yang hensem dan macho"

Catat Ulasan

dzulCYBER