2 Foto kad kahwin Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang serba mewah

Pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, mengedarkan kad kahwin mereka mulai petang ini. 

Selain menggunakan reka bentuk sama, kedua-dua kad undangan eksklusif ke majlis resepsi pasangan terbabit juga disertakan dengan madah nukilan ibu Sam dan Syatilla. 

Bagaimanapun, kad di sebelah pihak perempuan memaparkan gambar bakal mempelai dalam bentuk warna dan kedua-duanya digambarkan dalam keadaan ceria. 

Kad undangan daripada pihak lelaki pula menyertakan gambar pasangan itu dalam bentuk kolaj hitam putih. 

Pasangan selebriti ini akan dinikahkan di Pulau Pinang pada 8 Februari depan, manakala majlis resepsi pertama dilangsungkan keesokannya, juga di Pulau Mutiara, manakala acara kedua diadakan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, pada 14 Februari.

Sumber: Berita Harian



0 Response to "2 Foto kad kahwin Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang serba mewah"

Catat Ulasan

dzulCYBER