Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2, namun foto adik-beradik Emma Maembong paling mencuri tumpuan

Siti Nordiana akhirnya berjaya muncul juara Gegar Vaganza 2 dan memenangi wang tunai RM100,000 dalam konsert final yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Selain itu, Nana juga memenangi persembahan terbaik dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Faradhiya manakala ketiga Ezad Lazim. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000.

Nasib tidak menyebelahi Nassier Wahab apabila dia hanya menduduki tempat keempat. Begitu juga dengan Acong dan Haiza yang hanya mendapat tenpat kelima dan keenam. 


Pemenang pada malam itu telah dihakimi oleh juri-juri seperti Datuk Ramli MS, Khatijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Tahniah diucapkan buat Nana!

Sumber: Myartis


0 Response to "Siti Nordiana juara Gegar Vaganza 2, namun foto adik-beradik Emma Maembong paling mencuri tumpuan"

Catat Ulasan

dzulCYBER