Inilah foto wajah sebenar Vii Narza, gadis yang dimalukan Fazura kerana beri komen 'kimK'

Ketika Fazura mempertahankan kritikannya mengenai isu 'KimK', individu yang menjadi mangsa hinaan aktres tersebut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.

Wanita yang dikenali dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.

"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.

"Saya adalah orang biasa yang meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia muat naik,"
ujarnya.

Vii Narza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang menjadi viral pada Rabu lalu apabila komen yang ditinggalkannya disalahtafsirkan oleh Fazura.


Dalam sekeping gambar yang dimuat naik oleh Fazura, Vii Narza telah memberi komen menyamakan salah seorang dalam gambar itu seperti aktres antarabangsa Kim Kardashian dengan menggunakan singkatan KimK.

Namun perkataan KimK yang sinonim dengan gelaran artis itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura sehingga mendorong dia memuat naik foto mengkritik peminat berkenaan termasuklah menyentuh imej bertudung wanita itu.

Selain itu Vii Narza memberitahu dia terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga memuat naik gambarnya di laman sosial.

Sementara itu, ditanya sama ada dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan, Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon berkenaan.

"Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya pihak dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.

Kebanyakan pengikut laman sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.

Sumber: Ohmedia


0 Response to "Inilah foto wajah sebenar Vii Narza, gadis yang dimalukan Fazura kerana beri komen 'kimK'"

Catat Ulasan

dzulCYBER