Foto wajah tunang Nad Zainal yang sungguh kacak

Pelakon Nad Zainal telah berkongsi kegembiraan di laman instagram miliknya di mana akan menamatkan zaman bujangnya pertengahan Disember ini. Khabarkan Nad dan tunangnya, Muhammad Faliq Amirudin akan disatukan pada 18 Disember ini di Bukit Jelutong.

"Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar☺dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang.

Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih sekali lagi," ujarnya yang dipetik menerusi laman instagramnya.

Tahniah Nad Zainal dan pasangan. Media Hiburan Online doakan semoga majlis pasangan ini dipermudahkan.

Sumber: Mediahiburan




0 Response to "Foto wajah tunang Nad Zainal yang sungguh kacak"

Catat Ulasan

dzulCYBER