Akibat ramai mengamuk Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar Ramli MS yang buat netizen terdiam

Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.

“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.


“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber: Murai

1 Response to "Akibat ramai mengamuk Faradhiya dinobatkan Naib Juara Gegar Vaganza 2, ini penjelasan sebenar Ramli MS yang buat netizen terdiam"

  1. sy lg senang farah yg menang. lebih sedap suara dia. tp xpelah mgkn rezeki anak nana.

    BalasPadam

dzulCYBER