2 Foto terbaru Sarimah Ibrahim selepas bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin

Lebih setahun mendirikan rumahtangga pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim, 37, akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan Tunku Jamie.

Malah Sarimah Ibrahim berkata keterujaan untuk menimang cahaya mata menyebabkan dia dan suami sudah pun menyenaraikan nama-nama pilihan untuk bakal anak mereka nanti.

“Setiap pasangan pasti menginginkan cahaya mata setelah mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan kami.

“Usia saya pun dah lewat. Saya tak mahu tunggu lama-lama. Kami tidak merancang dan hanya menyerahkannya kepada Tuhan.

“Kami pun sebenarnya dah bincang nama anak dan mula menyenaraikannya. Jadi senanglah kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami sudah ada nama,” katanya kepada murai.com.my.


Sarimah ditemui selepas sidang media web show terbarunya Sarimah’s 2 Sen di The Canvas, Damansara kemarin.

Bercakap mengenai program web show terbarunya itu, Sarimah memberitahu di dalam rancangan itu dia akan membincangkan sesebuah topik berdasarkan pengalamannya sendiri.

Pengalaman yang akan dikongsi termasuklah mengenai hal peribadinya sendiri seperti hal rumahtangga dan sebagainya.

“Saya telah lama memikirkan bagaimana untuk para peminat saya, jadi apabila produser Lina Tan mencadangkan saya menyampaikan rancangan saya sendiri, saya bersetuju.

“Menerusi rancangan ini saya akan menampilkan personaliti serta pendapat saya sendiri. Saya akan mampu mengulas tentang pelbagai perkara dengan telus, terang dan menghiburkan.

“Saya pun akan terbuka bercerita mengenai pengalaman rumahtangga saya jika seseuatu topik itu ada berkaitan. Mana tau, jika ditakdirkan saya hamil satu hari nanti, saya akan umumkannya sendiri menerusi web show ini,” jelasnya.

Sarimah’s 2 Sen akan bersiaran selama kurang limit setiap episode menerusi siaran TV online iaitu FFEFO.TV mulai 7 Disember lalu.

Kekerapan setiap episod akan ditayangkan mengikut maklum balas daripada peminat dan penonton di TV online dan Youtube.

Sumber: Murai


0 Response to "2 Foto terbaru Sarimah Ibrahim selepas bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin"

Catat Ulasan

dzulCYBER